28 March 2017

Siri 13 : 3 Teknik Pemasaran Guna Video Online

Perkongsian apa yang saya dah tahu dan saya dah buat, dari Mentor saya kepada saya.. Dan saya nak terus kongsi dengan sahabat semua… Semoga ia jadi penebus di akhirat kelak.

SIRI 13 : 3 TEKNIK PEMASARAN VIDEO ONLINE

1) Jangka masa video jangan terlalu lama. Jangka masa terbaik untuk video adalah kurang dari 2 minit 30 saat oleh kerana inilah jangka masa purata orang ramai menonton video di Internet.

2) Pastikan video mempunyai mesej yang bermanfaat dan bukan hardselling daripada awal sampai akhir, tidak seperti iklan di TV.

3) Fikirkan “storyline” ataupun jalan cerita yang ingin disampaikan supaya mempunyai awal, pertengahan dan penutup cerita.

Lihat juga di

(86) Sabri69 Bahagian Pengiklanan Dan Teknik Pemasaran
https://www.facebook.com/groups/727706600720335/


22 March 2017

Siri 12 : 7 Langkah Guna Media Sosial Untuk Niaga

1. Tingkatkan kualiti post anda.
Kebanyakkan peniaga akan menganalisis keberkesanan pemasaran di media sosial apabila mereka post tentang sesuatu barangan atau produk. Anda boleh tengok keberkesanan posting anda melalui Reach. Dari sini anda boleh tahu posting mana yang mendapat Reach yang tinggi. Selalunya, posting yang mendapat reach yang tinggi adalah posting yang bergambar, dan juga yang mempunyai gambar manusia kerana pembaca lebih mudah tertarik dan menghubungkaitkan diri mereka dengan posting tersebut.
Kini terdapat alat yang digunakan untuk menganalisis data kandungan post anda seperti BuzzSumo. Alat ini berguna dalam menganalisis post-post anda terdahulu bagi meningkatkan kualiti post dan pemasaran anda. Dengan analisis ini, anda boleh lihat teknik mana yang sesuai digunakan untuk memasarkan produk anda pada masa akan datang.

2. Perbanyakkan post.
Jangan risau sekiranya wall anda penuh dengan posting Facebook atau kekerapan anda menulis entri di Blog dan upload gambar di Instagram. Ia merupakan teknik pemasaran di media sosial. Anda perlu update post anda 8 kali sehari bermula waktu pagi sehingga anda nak tidur. Iaitu 6 kali posting kata-kata, sharing picture atau perkongsian tips dan hanya 2 kali posting produk atau servis yang anda sediakan. 8 kali ini bukan bermaksud posting produk dan servis anda sahaja. Jangan jadikan posting anda sebagai terlalu menjual,(NANTI DIORANG MELUAT) perlu ada ‘copywriting’ yang menarik dan juga CTA (Call to Action) iaitu cara untuk mereka menghubungi anda, atau untuk mereka dapatkan lebih maklumat tentang perniagaan anda.

3. Tajuk posting dan entri.
Anda mungkin pernah baca kepentingan penulisan dan content dalam media sosial kan? Inilah gunanya benda-benda tersebut.
Jangan lupa untuk create tajuk-tajuk yang ‘gempak’ yang boleh menarik followers untuk membacanya. Dengan tajuk-tajuk yang gempak ini, secara tidak langsung akan viralkan perniagaan anda.

4. Masa sesuai untuk share.
Bukan setiap masa anda boleh share posting, gambar dan entri anda. Pilihlah masa-masa yang sesuai untuk kongsi perkara-perkara berikut seperti

- - waktu pagi sebelum pergi kerja, 
-- tengah hari atau
- - malam sebelum tidur.

Melalui post terdahulu, anda boleh tahu masa sesuai post anda dapat banyak share dan like. Ikut sahaja masa tersebut dan konsisten dengan post anda, kerana followers anda sudah tahu ‘timing’ anda untuk post.

5. Sentiasa sabar.
Anda jangan ingat, sekali post sudah dapat customer. Anda harus sabar kerana perniagaan anda sedang bersaing dengan perniagaan orang lain. Apa anda ingat, anda seorang ke yang berniaga di media sosial? Tidak…ramai lagi. 
Tapi itu pentingnya konsisten dan komited dalam perniagaan. Jika anda konsisten update post, menulis entri dan upload gambar, followers akan nampak kesungguhan anda berniaga dan mereka akan yakin dengan produk anda.

6. Pengaruh pelanggan.
Cari pelanggan yang mempunyai pengaruh yang kuat seperti follower aktif yang ramai. Bukan setakat ramai follower, tapi semuanya pasif. Contohnya berkawan dengan rakan yang banyak followers dan boleh tolong repostkan posting anda. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi page dan perniagaan anda. Jika ada, bina hubungan dengan mereka dan kongsi produk serta servis anda dengan mereka.

7. What’s next?
Ini langkah pemasaran yang anda boleh gunakan dalam perniagaan anda. Sebagai peniaga, pasti akan ada produk terbaru yang anda akan keluarkan, betul tak? Gunakan whats next promotion dalam busines anda. Timbulkan rasa ingin tahu dalam hati customer anda dan buatkan mereka tertunggu-tunggu produk anda yang terbaru. Cara ini akan membuatkan mereka sentiasa update dengan posting anda. Anda juga boleh buat ‘countdown’ sempena tawaran hebat, jualan atau pelancaran produk baru yang anda nak buat. Ini akan mencipta ‘excitement’ dan menyebabkan lebih ramai followers akan sentiasa ternanti-nanti posting anda.

Siri 09 : Teknik Pikat Hati Pelanggan FB Anda.

1) Melawat rakan FB dan tinggalkan kesan, LIKE dan Komen. (Biar ikhlas nak berkenalan)

2) Perkenalkan diri setiap kali selepas add rakan dalam jumlah
yang ramai. Wujudkan nama gelaran yang mudah untuk disebut.

3) Berikan sesuatu bermanfaat kepada audience, ilmu yang korang tahu tapi jarang ada yang tahu.

4) Support rakan FB korang dengan bisnes dan minat mereka. Like, Komen, Share iklan mereka. Jangan ada dengki. Boleh juga support dari segi beli barang mereka.

5) *Paling penting* Sayang rakan FB korang seperti korang sayangkan diri sendiri.

6) Bina engagement yang berterusan. Jangan sekali tinggal jejak, kemudian terus menghilangkan diri.

Siri 08 : Teknik Beriklan Guna Katalog.

Jika anda ke pasar raya, anda mungkin pernah dapat atau ambil katalog yang diletakkan di satu sudut di depan pintu masuk pasar raya tersebut, betul? Cuba anda fikir, kenapa anda ambil katalog tersebut? Tentu ada sebabnya kan?

Katalog ada banyak jenis. Jika anda berada di pasar raya, katalog yang anda dapat adalah promosi atau potongan harga barangan pasar raya tersebut. Sekiranya anda pengguna atau agen sesuatu produk, katalognya berbentuk promosi harga dan tawaran produk baru yang di pasarkan.

Biasanya peniaga buat promosi gunakan katalog apabila mereka ada banyak produk untuk diwar-warkan pada pengguna. Anda mungkin kurang terdedah dengan promosi cara ini.

Walau bagaimanapun, kami akan kongsikan 5 tips pemasaran melalui katalog untuk perkongsian.

1. Kuasa 1st Impression.

Katalog mewakili diri anda. Di dalam bisnes, anda mesti mahukan perhatian supaya semua pelanggan sedar dengan kewujudan produk anda, bukan?
Gunakan ruang dalam katalog dengan reka bentuk yang ada daya tarikan yang “WOW”. Saiz font jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Katalog anda tidak memerlukan ayat yang panjang, cukup dengan maklumat penting dan paparan imej yang jelas.
Pemilihan warna perlulah up to date kerana warna yang tidak menarik akan menjejaskan daya penarik katalog anda
.
2. Kuasa dan pengaruh testimoni.

Ianya adalah paparan bukti hasil penggunaan barangan anda oleh pelanggan yang dipilih oleh anda.
Sediakan sekurang-kurangnya tiga respon positif pelanggan yang telah menggunakan produk anda kerana ia dapat menaikkan rating produk anda khususnya dalam kalangan pelanggan baru.
Anda boleh menggunakan selebriti atau mana-mana individu yang berpengaruh seperti bloggers untuk dijadikan testimoni di dalam katalog anda.

3. Promosi bonus dan diskaun.

Paparkan promosi bonus & diskaun istimewa di dalam katalog anda. Selalunya, untuk menerbitkan sesebuah katalog yang baru, terdapat promosi baru bagi sesebuah jualan yang dijalankan.
Gunakan teknik ini bagi meraih perhatian pelanggan kerana mereka lebih tertarik dengan istilah seperti DISKAUN, BONUS DAN PROMOSI HEBAT yang membantu meletupkan jualan produk anda.

4. Kuasa borang tempahan.

Jika anda meletakkan borang tempahan di dalam katalog anda, ia akan meluaskan wilayah bisnes anda bergantung kepada lokasi edaran katalog.
Jika jauh katalog anda diedarkan, ia dapat memberi manfaat kepada pelanggan yang inginkan produk yang ditawarkan di dalam katalog walaupun lokasi bisnes anda jauh.
Dengan cara ini juga, ia secara tidak langsung mempromosikan bisnes anda ke wilayah pasaran yang baru.

5. Memberi ganjaran istimewa.

Tidak seperti kaedah promosi bonus dan diskaun, cara ini adalah untuk pelanggan anda yang melakukan pembelian dengan serta-merta.
Berikan ganjaran istimewa seperti potongan 80% bagi 100 pembeli terawal yang ingin mendapatkan produk anda atau anda berikan saja caj penghantaran produk yang dibeli secara percuma.

Anda tidak akan rugi, malah aktiviti pembelian akan menjadi semakin rancak. Pelanggan pasti suka dengan tawaran istimewa yang anda lakukan.

Siri 06 : Teknik Kurangkan Rasa Malu Berniaga.

1. Check apa niat anda berniaga. Takkan niat yg baik pun malu nak buat.

2. Kenapa anda perlu berniaga? Mungkin sebab anak-anak ? Sebab mak bapa ? Cari satu sebab walau apapun orang cakap, anda tak perlu peduli sebab anda lebih pentingkan mereka.

3. Apa sebenarnya yang anda malukan sangat dengan berniaga atau mengaku anda adalah seller ? Rasullullah, manusia teragung pun berniaga.

4. Jangan fikir bukan-bukan sebelum mencuba, (takut orang kata, takut orang kutuk, takut kena sindir). Ini cuma PEMIKIRAN anda. Belum terjadi pun. Buat apa mau takut dengan benda belum jadi ?

5. Bila mana anda rasa berniaga online itu low standard, tiada class, fikir balik, ORANG YANG PALING KAYA DI DUNIA adalah orang yang berniaga. Bukan makan gaji.


Kejayaan Bermula dari Diri Kita Sendiri.